--> apa lelaki buat bila dilamun cinta???


korang nak tau tak pa yang laki buat bila depa dilamun cinta??? cuba korang semua fikirkan ada tak sifat ny kat korang punnya bf ?? okey !

  • Dia akan menggelabah apabila kekasih hatinya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  • Si lelaki ini akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya. Sebab itulah mereka ini selalu bertelefon dan berSMS untuk mengetahui dimana kekasihnya berada. Risau bukan kepalang !
  • Dia akan mementingkan diri kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri. Malahan jika kekasihnya hendakkan sesuatu, dia akan sanggup berhabis dan mencari ikhtiar untuk memenuhi permintaan kekasihnya.
  • Bagi yang sangat SETIA, dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan atau kaitan dengannya malahan memandang sebelah mata pun tidak. Baginya, kekasih hati sudah memadai mendamaikan hatinya.
  • Dia kerap bertanya kepada kekasihnya adakah kekasihnya itu benar2 mencintainya kerana dia merasakan cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.
  • Dia akan cuba meluangkan lebih banyak masa demi kekasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar. Dia akan sanggup ponteng kerja semata2 ingin bertemu dengan kekasih hatinya. Itulah penangan orang yang sedang bercinta.
  • Dia akan sentiasa takut kehilangan kekasih hatinya kerana dia tidak sanggup ditinggalkan.
  • Lelaki yang dilamun cinta mudah cemburu. Dia akan sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya tidak kira kemana kekasihnya pergi. Itu memang lumrah kerana rasa cemburu dan curiga memang ada. Kekasihnya pula harus faham kerana lelaki yang benar2 sayang padanya akan sanggup melakukan apa saja untuknya.
  • Dia akan mudah memuji dan membanggakan kekasihnya didepan orang lain. Segala kelebihan terletak kepada kekasihnya.
  • Jika ditinggalkan oleh kekasih hatinya, dia akan merasakan sangat merana. Dia akan serik dan tidak percaya lagi dengan cinta yang diberi oleh perempuan lain. Baginya semua perempuan adalah sama. Dalam masa yang sama, dia akan mengharapkan kekasihnya akan kembali kepadanya.
  • Apabila timbulnya orang ketiga dalam perhubungan, dia akan jadi hilang akal dan sanggup berbuat apa sahaja untuk merebut kembali kekasih hatinya. Dia akan sanggup melakukan apa sahaja dan kadang kala boleh sampai ke peringkat bahaya dimana dia akan sanggup mencederakan kekasih hatinya kerana tidak sanggup melepaskan kekasihnya kepada orang lain.
  • Dia akan berusaha untuk mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasan cemburu yang meluap2 walaupun kekasihnya keluar dengan lelaki lain kerana urusan kerja perasaan cemburu bersarang dihatinya.
  • Dia akan bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela hati dan bukan kerana atas dasar terpaksa.
  • Dia akan banyak menasihati kekasih hatinya kerana di amat menyayangi kekasihnya itu. Dia akan menegur dengan cara yang paling lembut.
  • Dia akan berusaha menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap gara2 tidak mahu dianggap sebagai teman lelaki yang menbosankan. Tapi awas, jangan melampau kerana takut dianggap mengada2.
  • Dia ini tergolong dalam mereka yang setia dan tidak akn berlaku curang kepada kekasihnya. Namun, jikalau dia curang bermakna hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  • Dia tidak akan suka ada lelaki lain yang rapat dengan kekasih hatinya. Dia akan cepat rasa cemburu.
  • Dia akan mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Ada sahaja anggapan dan berfikir kekasihnya sudah tidak sayangkan nya lagi.
  • Ada kalanya lelaki sebegini akan bertindak seperti kanak2 kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya itu melayan dirinya lebih daripada orang lain.
  • Dia akan menjadi lelaki yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Pada waktu ini dia tidak kisah kerana baginya, kekasih hati adalah orang yang utama dan menghampakan permintaan kekasih umpama menghampakan diri sendiri.
  • Lelaki sebegini akan mudah dan pandai merajuk hati. Kerana mereka minta untuk dipujuk oleh kekasihnya. Jadi, sesiapa yang mendapat teman lelaki sebegini, nampak gayanya wanita sebegini kenalah sabar melayan kerenah kekasih yang kuat cemburu.
  • Lelaki yang dilamun cinta juga suka memberi barang dan cenderahati kepada wanita yang dicintai tidak kira mahal atau murah. Apa yang dia suka, dia akan berikan kepada kekasih hatinya dan sanggup berhabis untuk hal itu.